Thursday 31 January 2013

Tingkatan 6 guna sistem modular


Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).
Ini kerana, tingkatan enam ibarat pra-universiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.
Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih program pengajian Asasi, Matrikulasi, Diploma atau di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.
Mana tidaknya, walaupun dikatakan pra-universiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.
Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.
Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.
Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.
Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.
Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.
Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.
Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.
Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik.
“Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.
“Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.
“Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama,” katanya.
Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.
“Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.
“Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran,” katanya.
Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT.
“Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah,” katanya.
Sementara itu, bekas pelajar tingkatan enam, Amelia Ahmad Kamal, 27, berkata sistem itu langkah yang bijak dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan.
“Tanyalah sesiapa pasti mereka mengakui cara belajar di tingkat enam sangat menyusahkan.
“Untuk menghadapi STPM, kami membaca semua buku tingkatan enam bawah dan atas yang dipelajari sepanjang dua tahun.
“Jika tersilap langkah dan gagal menguasai subjek yang dipelajari sepanjang dua tahun itu, mereka akan kecundang dan tiket ke IPT lebur begitu saja,” katanya.
Selain itu, dengan sistem penggal seperti mana yang dilaluinya dulu, ia membataskan kreativiti pelajar dan menjadikan mereka tidak berkembang.
“Sebagai pelajar di tingkatan enam, kita sebenarnya setaraf dengan pelajar di IPT dan sudah boleh berfikir dengan lebih meluas.
“Tetapi, dengan sistem pembelajaran itu, kita tidak punya masa untuk semua itu dan akan lebih memfokuskan kepada pelajaran,” katanya.
Sumber : Harian Metro


Baca di: http://eputra.com/tingkatan-6-akan-guna-sistem-modular/#ixzz2Jcgx6ovg
Under Creative Commons License: Attribution

Monday 28 January 2013

cerita sedih untuk di kongsi bersama :(

Assalamualaikum warahmatullah huwabarakatuh!

Hari ni aku nak kongsikan  satu cerita sedih..
Coretan! Menangisi Pemergian Siti Hajar Binti Ahmad Sabir |  Mungkin anda tertanya-tanya siapakah sebenarnya Siti Hajar Ahmad Sabir ini. Beliau bukanlah seorang artis, namun namanya sentiasa meniti di bibir rakan-rakan dan sahabat handai. Nama Siti Hajar juga tersebar di laman sosial tentang keperitan dirinya berjuang dalam sakit akibat kemalangan jalan raya. Ketabahan dan kecekalannya, membuatkankeluarga serta rakan-rakan bangga terhadapnya. Namun Allah SWT lebih menyayangi dirinya apabila beliau telah kembali kerahmatullah pada 20 Januari 2013.

sila click link di bawah untuk membaca cerita penuh..

http://kisahbest.my/2013/01/coretan-menangisi-pemergian-siti-hajar-binti-ahmad-sabir/

marilah kita sama-sama sedekahkan kepada beliau Al-Fatihah..
semoga roh dia tenang di alam sana..

Sunday 27 January 2013

Jom ramai-ramai kita Like Page Aurora Cinta---------------->
sila click link yang tertera di bawah:
https://www.facebook.com/pages/Aurora-Cinta/450820121619717
kemudian  click button Like'' mudah kan..

Kenapa perlu Like Page Aurora Cinta,apa yang di paparkan di dalam page tu?
jawapannya mudah  saja---->
"SEBUAH HALAMAN YG MEMAPARKAN PERKARA-PERKARA YG MENARIK YG MEMBUATKN ANDA TERTARIK"

page Aurora Cinta di kendalikan oleh 5 orang admin,dan setiap admin ada nama pena tesendiri
-LufA - -FikH- -Saudagar Jiwa- -fiena-  dan -forever sweet-

Setiap admin mengUpdate status dan situasi yang berbeza..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday 25 January 2013

Kawan Terbaik ku.. ^^

Dari kiri: Akmal(mamek) , Aku(penyu), & Azit(kelip)
kami ni memang rapat,di dalam kelas mahupun di luar..
aku selalu usik dorang bedua ..haha..cba tengok
gambar di bawah ..

Hahaha..kelakar bukan?haha
tu salah satu cara aku usik dorang  ni..
tapi dorang ni tetap Cool..

ada lagi  kawan aku...yang ni lagi gile-gile punya perangai
tapi ..aku suka..haha


          Ha...cuba tengok yg paling kiri tu..ala yg pakai topi  tu..
Nama dia, Amirul(itik) nama manja..haha
ha, dia ni lah yang aku maksudkan...
Dia ni lagi hebat dripada aku bab-bab kenakan orang ni,
kami pnah lepak ramai-ramai kat kedai makan
(pelangi seafood) tu lah nama kedinye..
ha....nak tau tak? dia ni lah  yang letak Sambal Belacan dalam air kami, air mahal pulak tu..
baru oder kot..tp mse oder tu, kami g tmpat lain dlu , si mirol ni yang tukang oder
                  elok minum...perghh..rasa sambal belacan..



 Nampak yang pakai baju kuning tu tak?
Nama dia , Nazri tapi nama manja dia org panggil BLACK,  ~`baru nampak ganas kan..hehe

 Black ni adalah kawan aku yg paling senyap dalam kelas, tapi kat luar..dia pon sama macam kami..gila-gila gitu..haha
Tapi ak tabik spring  ar kat dia, walaupon dia kena buli, bukan buli apa pon,
dia sering dikenakan oleh pelajar perempuan..tapi dia tetap Cool,
sesuailah dengan nama fb dia, Nazry cool..mmg cool broo..haha



Ha..ni gamba Aku dan kawan-kawan aku masa tingkatan 5, memang rindu time tu...
Kami semua memang di geruni pelajar lain..
ok, ak nak pekenalkan,
dari kiri: Akmal,Amirul, Qoyum, Scyafie, Haziq, Nazry, Firdaus,Azit, Akmal kasim.



Nama team kami ialah, MY FOKUS...
walaupon kami ni nakal ,semasa sekolah, tapi kami dga ckap cikgu kami..